Perkhidmatan Penulisan Wasiat (Versi BM)

Apakah Wasiat?

Wasiat merupakan pengisytiharan bertulis individu Muslim yang dibuat semasa hayatnya berkaitan dengan harta atau manfaat, untuk dilaksanakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang Perwarisan Islam dan hukum syarak selepas kematiannya. Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda "Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang ingin diwasiatkan tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis Wasiat disisinya".

Get to know more with YouTube video

Proses Pentadbiran Harta Pusaka

Apakah yang terjadi apabila anda meninggal dunia tanpa Wasiat?

Kebiasaannya seseorang itu akan berpendapat bahawa apabila dia meninggal dunia, harta miliknya secara automatik akan berpindah milik kepada orang yang disayanginya atau keluarganya. Malangnya, perkara ini tidaka berlaku seperti yang difikirkan.  Sebaliknya, harta pusaka ini  perlu terlebih dahulu melalui  proses guaman sebelum orang yang disayanginya atau keluarganya itu menerima harta milik beliau secara sah disisi undang-undang di Malaysia. Proses guaman ini menjadi lebih mudah sekiranya Wasiat telah dibuat semasa hayatnya.

Wasi

Siapakah yang sepatutnya menjadi Wasi anda?

Memilih Wasi yang betul untuk Wasiat anda adalah amat penting. Seorang Wasi adalah orang yang akan mentadbir dan menguruskan harta pusaka anda dan memastikan orang yang anda sayangi menerima bahagian dan harta tersebut sebagaimana selayaknya.  

Further Information

If you are interested to know more